Saturday 28 February 2015

Sejarah Penubuhan KRS

  • KRS telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Mohammad Thani bin Sha'ban di SM Raja Abdullah pada 27 Jun 1987.
  • Mula dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar - Pelajar Islam SMRA ( Pewira ).
  • Keahliannya seramai 20 orang pelajar dari Tingkatan 1 dan 2.

Matlamat  :
  • Melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan.

  • Pasukan KPIM di bawah penguasaan unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
  • Setiap aktiviti adalah berasaskan Islam sebagai cara hidup.
  • Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan mula menubuhkan KPIM.
    • SM Tun Dr. Ismail                                    - Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani
    • SM Seri Titiwangsa                                   - En. Anuar bin Abdul Aziz
    • SM Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang    - En. Abu Hassan bin Morad
  • Pada tahun 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah telah menubuhkan KPIM.
  • Usaha penubuhan KPIM secara rasmi dimulakan pada 10 Ogos 1993 dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Satu pertemuan telah diadakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Muslim, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13.9.2013 . 
  • Tesis mengenai KPIM telam dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk. Cadangan nama Pasukan Kadet Putera-Puteri Islam.
  • Taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 telah memutuskan nama pasukan ditukar kepada KRS ( Kadet Remaja Sekolah)
  • Bertujuan untuk keahlian terbuka kepada semua kaum sama ada lelaki ataupun perempuan.
  • Persatuan KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bermula 21 Muharam dan Yang Berhormat Dato' Dr Mohd Najib, Menteri Pendidikan Malaysia di SM Raja Abdullah Jalan Kajang Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment