Saturday 28 February 2015

Aktiviti Ikhtiar Hidup

Barisan ahli KRS lelaki

Barisan ahli KRS perempuan

Pelajar lelaki melakukan aktiviti ikhtiar hidup

Giliran pelajar perempuan pula....

Telur yang sedang dimasak...
nampak sedap.....

Banyak pula telur yang dimasak oleh pelajar lelaki..
Nak buat kenduri ni...

Puan Maizatul mencuba hasil pelajar

Puan Maizatul memberi penghargaan kepada Encik Syauqi













Praktikal Ikhtiar Hidup

Hari : 
Rabu

Tarikh :
11 Februari 2015

Masa : 
3 petang - 5 petang

Tempat :
Kawasan lapang SMK Taman Melati

Aktiviti :
Ikhtiar Hidup ( dengan kerjasama Persatuan Pengakap SMK Taman Melati )

Laporan Aktiviti :

1. Ahli KRS dan Pengakap dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Ahli dikehendaki mencari ranting kayu bersaiz kecil, sederhana dan besar sebanyak yang boleh serta daun kering.

3. Kemudian, ahli-ahli berkumpul semula dan dibekalkan dengan 2 biji telur dan 3 batang mancis.

4. Encik Syauqi, guru penasihat Persatuan Pengakap memberi taklimat tentang cara-cara menyusun ranting kayu dengan betul sebelum membuat unggun api untuk memasak telur. Para ahli melihat dan mendengar taklimat dengan teliti sebelum melakukan aktiviti tersebut.

5. Setelah tamat taklimat, ahli-ahli mula membuat unggun api dengan menggunakan teknik yang betul.

6. Guru yang bertugas menangkap gambar untuk dokumentasi KRS.

7. Beberapa kumpulan telah berjaya memasak telur tersebut.

8. Selesai aktiviti tersebut, ahli-ahli dikehendaki membersihkan semula tempat mereka melakukan aktiviti tadi. Ranting-ranting kayu yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah dan bara api dipadamkan.

9. Setelah selesai aktiviti pembersihan, ahli-ahli bersurai dan pulang.

Sejarah Penubuhan KRS

  • KRS telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Mohammad Thani bin Sha'ban di SM Raja Abdullah pada 27 Jun 1987.
  • Mula dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar - Pelajar Islam SMRA ( Pewira ).
  • Keahliannya seramai 20 orang pelajar dari Tingkatan 1 dan 2.

Matlamat  :
  • Melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan.

  • Pasukan KPIM di bawah penguasaan unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
  • Setiap aktiviti adalah berasaskan Islam sebagai cara hidup.
  • Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan mula menubuhkan KPIM.
    • SM Tun Dr. Ismail                                    - Ustaz Ahmad Farazilla bin Abdul Ghani
    • SM Seri Titiwangsa                                   - En. Anuar bin Abdul Aziz
    • SM Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang    - En. Abu Hassan bin Morad
  • Pada tahun 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah telah menubuhkan KPIM.
  • Usaha penubuhan KPIM secara rasmi dimulakan pada 10 Ogos 1993 dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Satu pertemuan telah diadakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Muslim, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13.9.2013 . 
  • Tesis mengenai KPIM telam dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk. Cadangan nama Pasukan Kadet Putera-Puteri Islam.
  • Taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 telah memutuskan nama pasukan ditukar kepada KRS ( Kadet Remaja Sekolah)
  • Bertujuan untuk keahlian terbuka kepada semua kaum sama ada lelaki ataupun perempuan.
  • Persatuan KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bermula 21 Muharam dan Yang Berhormat Dato' Dr Mohd Najib, Menteri Pendidikan Malaysia di SM Raja Abdullah Jalan Kajang Kuala Lumpur.

Sunday 22 February 2015

Logo KRS dan Pengertiannya

LOGO KRS



PENGERTIAN LOGO KRS

Perisai                                  : Benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

Bulan dan bintang               : Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

Dua tangkai padi bersilang  : Resmi padi iaitu berilmu, berketrampilan, matang dan rasional dalam semua tindakan.

Buku yang terbuka kekal     : Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama, dan latar belakang budaya ke arah melahirkan budaya Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.



Warna hijau         : Alam Sekitar yang sihat.

Warna merah       : Kepewiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

Warna kuning      : Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

Warna putih         : Keikhlasan serta kejujuran.

Pangkat KRS bagi Pelajar







Ikrar KRS

Bahawasanya kami

Kadet Remaja Sekolah Malaysia

Berjanji dan bersedia

Akan menyemai semangat patriotik

Tetap berdisiplin, Berakhlak mulia

Berilmu, Beriman dan Beramal

Kami juga akan memupuk semangat

Keusahawanan, mencintai alam sekitar

Mempunyai ketahanan mental dan fizikal

Bersedia berkhidmat untuk masyarakat

Demi Agama, bangsa dan negara

Serta mendukung

Rukun Agama dan rukun negara

Sepanjang masa kami menjadi ahli kadet.

Pemakaian KRS bagi Pelajar

Terdapat 2 jenis pemakaian KRS iaitu

1. Uniform No. 4 : Pakaian utama - kawad, perkhemahan, ke sekolah

      • Uniform 4A : uniform lengkap
      • Uniform 4B : separa uniform
      • Uniform 4C : sukan
2.  Uniform No 3 : Pakaian Pejabat (sekolah) - untuk ke sekolah, mesyuarat, lawatan dll





Spesifikasi Pemakaian

Senarai Peralatan

Uniform No. 4
  • Sepasang baju dan seluar KRS
  • Beret hijau Sherwood Dark Green
  •  Lencana Beret dan Pelapik Merah Lencana Beret
  •  Sepasang Lencana Kolar
  •  Lencana Poket
  •  Sepasang Lencana Bahu (KRS di kanan, Negeri di kiri)
  •  Sepasang Lencana Formasi
  •  Lanyard Merah Single
  •  Tali pinggang rasmi KRS (lelaki)
  •  Tudung Sherwood Dark Green (Perempuan Muslim)
  •  Combat boot atau Junggle Boot

Uniform No. 3
  • Baju No 3 Lengan Pendek (Kadet Putera) atau Lengan Panjang (Kadet Puteri)
  •  Seluar slack Sherwood Dark Green @ Seluar No 4 @ Seluar sekolah @ Kain Sherwood Dark Green A Shape (Kadet Puteri)
  •  Beret hijau Sherwood Dark Green
  •  Lencana Beret dan Pelapik Merah Lencana Beret
  •  Sepasang Lencana Kolar
  •  Lencana Poket
  •  Lanyard Merah Single
  •  Tali pinggang rasmi KRS (lelaki)
  •  Tudung Sherwood Dark Green (Perempuan Muslim)
  •  Kasut Potong Kulit @ PVC. Kasut canvas hitam dibenarkan.

Sumber daripada :
http://www.smkserirasau.sekolah4u.com/pengenalan-pasukan-kadet-remaja-sekolah-krs/

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman web :
http://www.slideshare.net/krstkrsjb/pemakaian-uniform-pegawai-kadet-krs-kemaskini-2013



Saturday 21 February 2015

Gempur dan Langkah KRS

GEMPUR KRS 

Kadet Remaja Sekolah,
Semangat waja kita melangkah,
Cekal hati dan juga tabah,
Satu ikatan kita berukhwah.

Ayuh remaja sambut cabaran,
Jadi remaja yang berwawasan,
Hati dan jiwa kita kekalkan,
Ilmu, iman dan juga amal.



LANGKAH KRS

Mula langkah    ..................     kanan
Menuju              ..................    wawasan
Ayuh kita          ...................    maju
Jadi insan          ...................    berilmu
Janji kita           ...................    kekalkan
Jadi insan          ...................    beriman
Hati mesti         ...................    cekal
Jadi insan          ..................     beramal

Lagu KRS






Lirik Lagu KRS

Kadet Remaja Sekolah,
Menuju satu ikatan bersaudara,
Bersatu menjulang keamanan negara,
Menjayakan ilmu, Iman dan amal.

Marilah kita membina peribadi,
Membentuk insan yang kreatif,
Bersama kecemerlangan diri,
Sepanjang masa yang berterusan.

Remaja sambutlah cabaran,
Menjadi bangsa Malaysia,
Maju dan cemerlang,
Remaja berwawasan,
Jangan kita lupa kepada Pencipta.

Remaja hayati budaya,
Ilmu, Iman dan amal,
Kekalkan di hati dan jiwamu,
Wawasan Kadet Remaja Sekolah.


Lagu     : Mejar Muhammad Thani Bin Shaaban
Lirik     : Leftenan Ustaz Roslan Bin Abdul Rahman
Muzik   : Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tuesday 17 February 2015

Carta Organisasi

PENGETUA

Puan Che Aini binti Che Ismail



PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Puan Rohana binti Salleh


GURU-GURU PENASIHAT

Puan Maizatul Akmal binti Musa
Puan Syarnim binti Saripan
Puan Wan Noorhafizah binti Wan Kamal Bahrin
Puan Norhaslizawati binti Jusoh
Puan Kumari a/p Thannimalay
Puan Noraihan binti Mohamad
Encik Mohd Ghani bin Haji Muhamad


PENGERUSI

Nur Ameera binti Mohd Aklif


NAIB PENGERUSI

Nurul Widad binti Abu Hassan


SETIAUSAHA

Nur Nadiah Aliah binti Saharizam


BENDAHARI

Seenevasan Naidu


KETUA-KETUA PLATUN

Platun 1 : Haavinesh a/l Krishnan
Platun 2 : Iman Sabrena binti Izzuddin
Platun 3 : Ahmad Aqib bin Ahmad Faizal
Platun 4 : Dinesh a/l Devadas




Visi, Misi dan Moto KRS


VISI 

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM







MISI

KOKURIKULUM CEMERLANG SMKTM GEMILANG






MOTO

ILMU, IMAN, AMAL