Saturday 28 February 2015

Praktikal Ikhtiar Hidup

Hari : 
Rabu

Tarikh :
11 Februari 2015

Masa : 
3 petang - 5 petang

Tempat :
Kawasan lapang SMK Taman Melati

Aktiviti :
Ikhtiar Hidup ( dengan kerjasama Persatuan Pengakap SMK Taman Melati )

Laporan Aktiviti :

1. Ahli KRS dan Pengakap dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Ahli dikehendaki mencari ranting kayu bersaiz kecil, sederhana dan besar sebanyak yang boleh serta daun kering.

3. Kemudian, ahli-ahli berkumpul semula dan dibekalkan dengan 2 biji telur dan 3 batang mancis.

4. Encik Syauqi, guru penasihat Persatuan Pengakap memberi taklimat tentang cara-cara menyusun ranting kayu dengan betul sebelum membuat unggun api untuk memasak telur. Para ahli melihat dan mendengar taklimat dengan teliti sebelum melakukan aktiviti tersebut.

5. Setelah tamat taklimat, ahli-ahli mula membuat unggun api dengan menggunakan teknik yang betul.

6. Guru yang bertugas menangkap gambar untuk dokumentasi KRS.

7. Beberapa kumpulan telah berjaya memasak telur tersebut.

8. Selesai aktiviti tersebut, ahli-ahli dikehendaki membersihkan semula tempat mereka melakukan aktiviti tadi. Ranting-ranting kayu yang telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah dan bara api dipadamkan.

9. Setelah selesai aktiviti pembersihan, ahli-ahli bersurai dan pulang.

No comments:

Post a Comment