Wednesday 25 November 2015

Kursus Kenaikan Pangkat Lans Koperal / Koperal Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Tahun 2015

Tarikh:
20/11/2015 - 22/11/2015

Hari:
Jumaat - Ahad

Tempat:
SMK Taman Tun Dr. Ismail (Putera)
   SMK Wangsa Maju Seksyen 2 (Puteri)

Peserta (Putera):
1. Luqman Hakim bin Ahmad Khirzuan (3M)
2. Seenevasan Naidu a/l Pallie Naidu (4M)

Peserta (Puteri):
1. Nooraida Syafiqah binti Azmil Syukri (4M)
2. Nur Aina Syafiqa binti Ahmad Nazri (1I)

Pangkat Diperoleh:
1. Luqman Hakim - Koperal
2. Seenevasan Naidu - Koperal
3. Nooraida Syafiqah - Koperal
4. Nur Aina Syafiqa - Lans Koperal  

Laporan Aktiviti (Puteri):

 20/11/2015 (Jumaat)
1. Peserta Puteri dari SMK Taman Melati tiba di SMK Wangsa Maju Seksyen 2 pada jam 3.30 petang. 
2. Peserta mendaftar dan mengambil buku panduan KRS serta botol minuman untuk digunakan sepanjang perkhemahan tersebut.
3. Khemah mula dipasang lebih kurang jam 5 petang di dewan terbuka. Khemah disusun secara teratur.
4. Peserta menunaikan solat Asar dan berehat seketika sebelum aktiviti seterusnya diberitahu.
5. Selepas solat Maghrib, En. Anuar selaku komander kursus kenaikan pangkat KRS mula memberikan taklimat selanjutnya. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut senarai nama yang telah ditetapkan.
6. Selepas solat Isyak, peserta berkumpul di dataran mengikut kumpulan masing-masing (Kumpulan 1 - Kumpulan 10). 
7. Kumpulan 1 hingga Kumpulan 6 berada di Dewan tertutup manakala Kumpulan 7 hingga Kumpulan 10 berada di dalam kelas-kelas yang ditetapkan untuk menjalani ujian subjektif (Sejarah KRS & TKRS).
8. Ujian dijalankan selama 1 jam 15 minit.
9. Peserta dikumpulkan mengikut kumpulan setelah selesai menjalani ujian.
10. Peserta menikmati minum malam sebelum berehat dan tidur.

21/11/2015 (Sabtu)
1. Peserta berkumpul di dataran selepas menunaikan solat subuh untuk senaman pagi dan larian 2.2km (ujian kecergasan).
2. Pemilihan ketua kumpulan setiap kumpulan dan penghuluwati dilakukan.
3. Penghuluwati mengetuai senaman pagi.
4. Selepas senaman pagi, larian 2.2km dijalankan dan peserta perlu melepasinya dalam masa 17 minit.
5. Selepas larian, peserta menikmati sarapan pagi yang telah disediakan.
6. Selepas bersarapan, peserta berkumpul semula untuk memulakan aktiviti mengikut 'checkpoint' yang telah ditetapkan. 'Checkpoint' tersebut termasuklah ujian kompas, gajet, abseling, keusahawanan (mengecat), ujian objektif (60 soalan), kraf perkhemahan, kawad kaki (statik dan dinamik), pertolongan cemas (bantu mula), alam sekitar (sajak/puisi/pantun) dan hafazan (asmaul husna dan Surah Juz Amma).
7. Aktiviti selesai pada waktu malam.
8. Peserta berehat setelah selesai aktiviti tersebut.

22/11/2015 (Ahad)
1. Setelah selesai menunaikan solat subuh, peserta berkumpul di dataran untuk senaman pagi dan ujian kecergasan.
2. Senaman pagi diketuai oleh ketua-ketua kumpulan dan penghuluwati.
3. Ujian kecergasan iaitu bangkit tubi, tekan tubi dan angkat beban dijalankan setelah selesai senaman pagi.
4. Peserta berkumpul semula dan bergerak ke kantin untuk sarapan pagi.
5. Peserta dibenarkan untuk mengemas barang dan khemah terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti KHIDMAS.
6. Peserta menjalankan aktiviti KHIDMAS di tempat-tempat yang telah ditetapkan mengikut kumpulan.
6. Setelah selesai, peserta dibenarkan untuk menukar pakaian uniform KRS untuk majlis penutup.
7. Raptai diadakan untuk seketika sebelum tetamu kehormat tiba.
8. Majlis penutup diadakan setelah tetamu kehormat tiba. Penyampaian sijil pangkat diadakan dan  disampaikan oleh Leftenan Kolonel Datuk Anuar.
9. Peserta bersurai.
          

No comments:

Post a Comment