Tuesday 2 June 2015

Sesi Fotografi dan Latihan Kawad Kaki

Hari :
Rabu

Tarikh :
29 April 2015

Masa :
2.30 petang - 5 petang

Tempat :
Dewan Melati Mewah SMK Taman Melati

Aktiviti :
1. Sesi Fotografi untuk Majalah Sekolah SMK Taman Melati 2015
2. Latihan Kawad Kaki KRS untuk Hari Sukan Tahunan SMK Taman Melati 2015

Laporan Aktiviti :

1. Pada pukul 2.30 petang, ahli KRS seramai 28 orang diminta berkumpul di dalam Dewan Melati Mewah untuk sesi fotografi.

2. Setelah tamat sesi fotografi, ahli diminta untuk membuat barisan dan bersedia untuk latihan kawad kaki.

3. Nur Ameera dan Nurul Widad mengendalikan latihan tersebut dan ahli memberi kerjasama yang baik terhadap mereka berdua.

4. Tepat jam 5 petang, ahli KRS dibenarkan bersurai.

Lintas Hormat Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taman Melati 2015

Hari :
Sabtu

Tarikh :
18 April 2015

Tempat :
Dataran SMK Taman Melati

Aktiviti :
Lintas Hormat Majlis Anugerah Cemerlang SMK Taman Melati 2015

Laporan Aktiviti :

1. Ahli-ahli KRS yang terlibat seramai 14 orang ( termasuk penyambut tetamu dan KK ) bersiap sedia lebih awal untuk berbaris bersama dengan ahli-ahli persatuan unit beruniform yang lain ( Kadet Polis, Puteri Islam, Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pengakap SMK Taman Melati ).

2. Ahli berbaris dan bersedia untuk lintas hormat.

3. Ahli melakukannya dengan penuh semangat.

4. Setelah tetamu kehormat sampai, beliau mengelilingi barisan lintas hormat.

5. Setelah selesai, ahli dibenarkan bersurai dan menikmati sarapan pagi yang telah dibekalkan.

Latihan Kawad Kaki dan Gotong Royong

Hari :
Rabu

Tarikh :
15 April 2015

Masa :
3 petang - 5 petang

Tempat :
1. Dataran SMK Taman Melati
2. Kawasan persekitaran SMK Taman Melati

Aktiviti :
Latihan Kawad Kaki dan Gotong Royong

Laporan Aktiviti :

1. Ahli-ahli KRS diminta untuk berbaris dan menjalani latihan kawad kaki seperti yang telah dijadualkan tepat jam 3 petang sehingga 4 petang.

2. Selepas tamat sesi latihan, ahli-ahli KRS bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.

3. Ahli KRS melakukan aktiviti gotong royong dengan penuh bersemangat dan bekerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah.

4. Tepat jam 5 petang, aktiviti gotong royong ditamatkan dan ahli-ahli KRS dibenarkan untuk bersurai.