Friday 1 May 2015

Laporan Aktiviti Unit Beruniform KRS

Hari :
Rabu


Tarikh :
4 Februari 2015


Masa :
3 - 5 petang


Tempat :
1. Pusat Akses 2
2. Dataran SMK Taman Melati


Aktiviti :
1. Taklimat Pemakaian Unit Beruniform KRS
2. Tayangan Video Kawad Formasi
3. Latihan Kawad Kaki Asas


Laporan Aktiviti :


1. Ahli KRS berkumpul terlebih dahulu di dataran SMK Taman Melati sebelum bergerak ke Pusat Akses 2.

2. Ahli diberi taklimat mengenai pemakaian baju unit beruniform lengkap KRS dan pemakaian t-shirt KRS pada setiap hari rabu.

3. Cikgu Maizatul mendedahkan kepada ahli mengenai kawad formasi dan memberi peluang kepada ahli untuk menonton tayangan video kawad formasi KRS.

4. Tepat jam 4 petang, ahli turun semula ke dataran untuk menjalani latihan kawad kaki asas.

5. Latihan kawad kaki asas dikendalikan oleh pengerusi KRS, Nur Ameera binti Mohd Aklif dan naib pengerusi KRS, Nurul Widad binti Abu Hassan serta beberapa orang ahli KRS yang berpengalaman.

6. Latihan berjalan dengan lancar dan ahli memberi kerjasama yang baik.

7. Guru-guru penasihat KRS juga turut membantu. Antaranya ialah Cikgu Haslizawati, Cikgu Syarnim, Cikgu Ghani, Cikgu Kumari, Cikgu Noraihan dan Cikgu Wan Norhafizah.